Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 16 Februari 2013

Malam Citra Puisi Kump. 1 Siri 10 / 2013

Pada 5 Februari 2013 yang lepas, telah berlangsung kemuncak Malam Citra Puisi sempena Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) yang mendapat kerjasama dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kem PLKN Mesapol telah mendapat pemantauan dari Encik Nordin Bin Zainal Abidin selaku Ketua Fasilitator dari Dewan Bahasa dan Pustaka. sepanjang 2 hari program itu berlangsung yang bermula sejak 4 Februari hingga 5 Februari 2013.

Disepanjang tempoh itu pelatih yang terdiri dari 4 buah Kompeni mendapat rujukan dari 4 orang jurulatih iaitu cikgu Badron (Kompeni Alpha), cikgu Yulie (Kompeni Bravo), cikgu Suriani (Kompeni Charlie) dan cikgu Jusuilin (Kompeni Delta). Setiap kompeni diminta mementaskan 2 puisi moden dan tradisional untuk peringkat kumpulan manakala persembahan solo untuk puisi moden yang dipilih. Setiap persembahan adalah dinilai sendiri oleh Encik Nordin.

Malam Citra Puisi yang telah dihadiri oleh Timbalan Komandan Pengurusan iaitu Kapt Mohd Amin B. Ahmad dan Timbalan Komandan Latihan iaitu Cik Puan Iira Ida Joanes serta barisan jurulatih berjaya mencuit hati penonton dengan setiap persembahan yang sangat kreatif dan menarik dari barisan pelatih.

Program yang diadakan di dewan makan ini berlangsung sehingga pukul 10 malam. Pemenang bagi kategori berkumpulan telah dirangkul oleh Kompeni Delta manakala kategori solo telah diungguli Kompeni Bravo yang diwakili oleh wira yang mesra dengan panggilan Acap.

Menang atau kalah bukanlah matlamat utama program ini tapi apa yang lebih penting ialah penghayatan wira dan wirawati terhadap satu lagi khazanah negara iaitu Kesusasteraan Melayu yang tidak patut luput dek zaman. Semoga program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Program My Beautiful Malaysia Day

Program My Beautiful Malaysia Day yang telah berlangsung serentak di seluruh negara pada 3 Februari 2013 yang lalu telah menyaksikan penglibatan Kem PLKN Mesapol bersama-sama warga Daerah Sipitang dimana pelatih-pelatih kem ini yang terdiri seramai 284 orang pelatih telah turun membanjiri Stadium Bola Sepak Daerah Sipitang yang dipantau oleh beberapa orang jurulatih PLKN. Program anjuran Majlis Daerah Sipitang ini adalah seiring dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan budaya kesukarelaan dikalangan warga Malaysia. Dianggarkan seramai 4000 orang pengunjung telah hadir bagi menjayakan program ini yang turut dihadiri oleh warga tua, muda, belia dan murid-murid sekolah di sekitar Daerah Sipitang.

Sambutan bagi peringkat Daerah Sipitang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Bujang, ADUN Sindumin, telah mendapat sambutan masyarakat setempat sejak seawal jam 7.00 pagi. Turut hadir didalam program ini ialah Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Aktiviti mengecat astaka dan membersihkan kawasan padang bola sepak telah dilakukan oleh pelatih dari Kem PLKN Mesapol. Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka ini sekaligus memberi tanggapan positif terhadap Program Latihan Khidmat Negara itu sendiri. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama masyarakat setempat daerah Sipitang antaranya senam aerobik, sukaneka, cabutan bertuah, jelajah 4x4 dan pelbagai acara menarik lagi..

Program My Beautiful Malaysia Day Daerah Sipitang ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dan pergerakan balik pelatih ke kem menggunakan bas telah mendapat pemantauan baik dari barisan jurulatih kem ini.

Syabas untuk semua!

Sabtu, 26 Januari 2013

Karnival Sukan Kump 1 Siri 10/2013

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Kem PLKN Mesapol selain aktiviti latihan lazim yang telah ditetapkan oleh JLKN ialah Karnival Sukan. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat setiakawan disamping melahirkan warga pelatih yang cergas dan sihat sekaligus menyumbang kepada kecerdasan mental serta rohani.

Semalam bersamaan 26 Jan 2013 tepat pukul 5 petang, upacara simbolik pembukaan Karnival Sukan telah disempurnakan oleh Komandan, Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Beliau yang diiringi oleh Penyelaras Karnival Sukan, Cikgu Gaffar telah menendang bola futsal ke pintu gol sebagai tanda rasminya acara Karnival Sukan untuk kumpulan ini.

ketibaan Komandan ke gelanggang futsal

Itu diaaaa... sepakan deras simbolik pembukaan karnival sukan oleh Komandan


Detik penuh ceria ini disaksikan oleh semua pelatih yang tidak sabar-sabar untuk bermain bagi merebut kejohanan untuk Kompeni masing-masing. 


kelibat pelatih memenuhi gelanggang futsal


Terdapat 6 acara yang dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Keranjang, Bola Tampar, Ping Pong, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Acara Karnival Sukan ini akan berterusan setiap hari kecuali Khamis pada setiap jam 5-6 petang.

acara futsal kategori wirawati

acara bola tampar kategori wira

Setelah Kompeni Alpha muncul juara keseluruhan pada musim lepas, siapa pula yang merebut kejohanan pada kali ini? Tunggu...

Apapun, selamat maju jaya semua!