Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 9 Mac 2013

Program Derma Darah

Hari ini tepat pada jam 9.00 pagi, satu lagi program dibawah pelaksanaan Modul Khidmat Komuniti iaitu Program Derma Darah telah dijalankan di dewan makan Kem PLKN Mesapol Sipitang. 


Program Derma Darah yang mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Daerah Sipitang ini telah menerima sambutan baik dari pelatih. Seramai lebih dari 100 orang pelatih yang sudi untuk menderma darah dan membuat pendaftaran sejak awal penghebahan berkenaan program ini. Namun, sebaik menjalani pemeriksaan kesihatan, seramai 23 orang Wira, 11 orang Wirawati yang layak menderma darah. Manakala yang lain mendapat kekangan daripada faktor kesihatan selain faktor umur yang belum mencecah 18 tahun. Rata-rata yang tidak layak menderma menyuarakan rasa kecewa terlepas peluang merasai pengalaman menderma darah.

  
                           
Suasana ketika pelaksanaan program derma darah

Mimik wajah lucu Penolong Kapten Wira Bravo, Acai 


Selain daripada pelatih, program ini turut mendapat sambutan dari kalangan jurulatih, staf pengurusan dan operator dewan makan. Seramai 2 orang jurulatih, 4 orang staf pengurusan dan 2 orang operator dewan makan yang layak dan sudi menderma darah. Jumlah ini menjadikan seramai 43 warga kem PLKN Mesapol yang telah menderma darah pada hari ini sekaligus mencatat peningkatan berbanding kumpulan lepas.

Program ini tamat pada pukul 2.30 petang. Hasil dari maklum balas yang memberangsangkan, program ini bakal diteruskan pada siri kumpulan akan datang. Kepada semua yang telah menderma, syabas kami ucapkan!

Sabtu, 2 Mac 2013

Latihan Pengendalian Senjata Colt M16


Setelah lebih sebulan menjalani latihan PLKN, kini tibalah giliran antara latihan yang paling digemari dan ditunggu-tunggu oleh pelatih khususnya Kump 1 Siri 10/2013 iaitu pengendalian senjata Colt M16. Selama 3 hari berturut-turut yang bermula 25 Feb hingga 27 Feb 2013, pelatih Kumpulan 1 Siri 10 / 2013 ini telah dibawa ke Kem Paradise, Kota Belud untuk menjalani latihan ini.

Latihan menembak yang disaksikan sendiri oleh Komandan, Mejar Mohd Fadzil Bin Hj Ngadiman ini ternyata berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Penyelaras Latihan Menembak, Cikgu Sharom dan Cikgu Sheilla berkata, latihan menembak kali ini jauh lebih bersistematik jika dibandingkan dengan kumpulan lepas.

Tidak ketinggalan bagi memastikan keadaan berjalan lancar dan selamat ialah, Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes yang turun padang sepanjang sesi latihan dijalankan.

Latihan teori menembak telah dilaksanakan sehari sebelum latihan menembak sebenar dijalankan. Latihan teori menembak ini yang mendapat kerjasama Markas 5 Briged, Tentera Darat Malaysia diadakan di sekitar padang kawad pada hari Ahad bersamaan 24 Februari 2013.

Pembahagian Laptop 1 Malaysia

Pada 20 Februari 2013 yang lepas, semua staf dan jurulatih Kem PLKN Mesapol telah mendapat sumbangan Komuniti Laptop 1 Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas kerjasama dari pihak Jabatan Penerangan Daerah Sipitang yang diketuai oleh En Jemin.

Usaha pihak pengurusan kem untuk mendapatkan laptop ini bertujuan untuk memudahkan tugas rutin barisan staf dan jurulatih dalam pengendalian tugas harian. 

Laptop 1 Malaysia ini kemudiannya disampaikan secara langsung oleh Komandan, Mej Mohd Fadzil B. Hj Ngadiman yang diiringi oleh TKP, Kapt. Mohd Amin Bin Ahmad di Dewan Makan pada jam 10 pagi.





Rata-rata staf dan jurulatih amat berbesar hati dan gembira atas sumbangan ini dan berharap laptop ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekaligus meningkatkan motivasi dan kualiti kerja warga kem.



Kepada Jabatan Penerangan Daerah Sipitang, jutaan terima kasih atas kerjasama ini.