Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 15 Jun 2013

HARI TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARIULANG TAHUN KE-10 JLKN PERINGKAT KEM PLKN MESAPOL, SIPITANG, SABAH

Sambutan Hari Ulangtahun ke-10 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah disambut serentak diseluruh negara pada Ahad, 09 Jun 2013 dan Kem PLKN Mesapol, Sipitang, Sabah juga tidak terkecuali daripada melaksanakan acara sambutan tersebut.

Aturcara majlis sambutan Hari Ulang Tahun Ke-10 JLKN peringkat Kem PLKN Mesapol telah diadakan bermula jam 0630 dan berakhir pada jam 1600. Acara dimulakan dengan senamrobik dengan dihadiri oleh staf dan jurulatih PLKN Mesapol yang diadakan di padang kawad kem dan pada masa yang sama orang awam telah mula memasuki kawasan kem termasuk ibubapa dan keluarga pelatih.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Komandan Kem PLKN Mesapol iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. 

Ucapan Perasmian Oleh Komandan... Dirasmikan oleh Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman

Pihak kem telah menjemput beberapa agensi awam untuk membuat pameran bagi menjayakan sambutan tersebut. Agensi tersebut adalah seperti berikut :
           
i.              Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Sipitang.
ii.            Polis Diraja Malaysia Cawangan IPD Sipitang.
iii.           Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Beaufort.
iv.           Jabatan Penerangan Sipitang.
v.            Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Gerai pameran PDRM

Gerai pameran Bomba


Gerai pameran AADK

Gerai pameran JPAM


Persembahan wirawati

Gerai pameran PLKN

Persembahan tarian perang

Antara pengunjung yang hadir

Pameran tersebut telah berjaya menarik ramai pengunjung disamping itu juga bahan-bahan pameran yang dipamerkan berjaya menarik minat pelatih-pelatih PLKN Mesapol. Selain daripada itu Kem PLKN Mesapol juga tidak ketinggalan mengadakan pameran PLKN dan antara bahan pameran tersebut adalah seperti bahan-bahan pelajaran seperti modul kenegaraan dan fizikal, pameran, gambar dan juga uniform serta peralatan pakaian lain yang digunakan oleh pelatih PLKN. Pihak kem juga telah menyediakan tapak gerai jualan kepada orang awam dan juga staf serta jurulatih yang berminat.

Selain daripada pameran dan juga jualan gerai, Bilik Rawatan Kem PLKN Mesapol juga telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah dan BMI kepada semua warga kem dan juga pengunjung luar secara percuma. Selain daripada itu, nasihat kesihatan juga diberikan kepada para pengunjung yang datang. Perkhidmatan tersebut telah diadakan di luar kawasan Bilik Rawatan kem.

Selain daripada itu, beberapa persembahan telah diadakan seperti berikut:

i.              Persembahan Kawad Senyap
ii.            Persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS)
iii.           Persembahan Tarian Perang (War Dance)
iv.           Persembahan Tarian Kebudayaan Dan Gerak Tari.

Aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan adalah seperti berikut:
           
i.              Pertandingan Memancing.- diadakan di kolam latihan air.
ii.            Pertandingan Karaoke - diadakan di pentas hormat padang kawad.
iii.           Flying Fox.
iv.           Sukan Air (Berkayak).
v.            Lawatan Berpandu ke blok penginapan pelatih, bilik kuliah dan juga
kawasan elemen latihan.
vi.        Cabutan Tiket Bertuah.

Pertandingan memancing
                

Acara sukan air berkayak


Acara flying fox
 

Antara pengunjung yang merasai Flying Fox
             
Kehadiran orang ramai adalah begitu menggalakkan disamping itu bertepatan dengan hari Ahad iaitu hari melawat keluarga. Ramai keluarga pelatih datang ke kem untuk menyambut kemeriahan tersebut disamping itu mereka juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan staf dan jurulatih berkenaan dengan PLKN dengan lebih dekat lagi. 

Persembahan kebudayaan

Penyampaian hadiah pemenang pertandingan memancing... disampaikan oleh Komandan
Secara keseluruhannya, majlis ini telah mencapai objektifnya tanpa menghadapi sebarang masalah. Kerjasama serta komitmen daripada semua staf/jurulatih dan juga agensi-agensi kerajaan yang terlibat telah memastikan majlis dan aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Pihak kem ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis yang bersejarah ini.

Lagi gambar-gambar sekitar sambutan DISINI

Ahad, 2 Jun 2013

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 10 JLKN Peringkat Kem PLKN Mesapol


Salam rakan-rakan semua. Datanglah beramai-ramai ke Kem PLKN Mesapol, Sipitang pada 9 Jun 13 (Ahad) nanti sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 10 JLKN. Bawa sekali ibubapa/anak saudara/sahabat handai... Juga berpeluang berinteraksi dgn staf/JL PLKN kem ini... Pelbagai acara menarik disediakan...