Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Jumaat, 8 November 2013

Perlawanan Badminton antara Kem-kem PLKN

Semalam 7 Nov 2013 telah berlangsung perlawanan badminton antara 5 buah kem PLKN di Sabah yang bertempat di Lok Kawi Height. 5 buah kem tersebut ialah Kem PLK KK Di Bawah Bayu Tuaran, Kem PLKN Tanaki Tambunan, Kem PLKN Wawasan Papar, Kem PLKN Sinar Jaya Kota Belud dan Kem PLKN Mesapol Sipitang.

Perlawanan badminton ini merupakan anjuran pihak Kem PLKN Papar bertujuan mengeratkan hubungan diantara rakan sekerja yang berlainan kem diseluruh Sabah disamping berseronok setelah 3 bulan berhempas pulas membimbing pelatih di dalam kem.

Perlawanan bermula pada pukul 9 pagi dan wakil dari setiap kem terdiri daripada barisan jurulatih dan staf pengurusan. Bagi pihak Kem PLKN Mesapol pula, Komandan kem Mejar Mohd Fadzil Hj Ngadiman turut tidak ketinggalan melepaskan peluang beraksi digelanggang.

Keputusan perlawanan bagaimanapun tidak menyebelahi Kem PLKN Mesapol dengan menduduki tempat ke-4. Juara bagi perlawanan badminton disandang oleh Kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran seterusnya diikuti oleh pihak penganjur Kem PLKN Wawasan Papar ditempat kedua. Manakala Kem PLKN Tanaki Tambunan menduduki tempat ketiga. Sebenarnya, menang dan kalah bukanlah menjadi taruhan utama namun dengan adanya perlawanan sebegini jurulatih dan staf pengurusan berpeluang untuk berkumpul dan saling bertanya khabar.

Diharapkan pada masa-masa akan datang lebih banyak aktiviti yang dirancang bagi mengekalkan silaturrahim antara kem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan