Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Selasa, 30 Oktober 2012

Malam Citra Puisi

Pada 23 Okt yang lepas, satu lagi aktiviti wajib telah diadakan dengan jayanya di Kem PLKN Mesapol ini iaitu Malam Citra Puisi. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan dan menanamkan semangat cinta akan hasil seni sastera dan budaya negara kita sendiri iaitu Malaysia.

Selama dua hari berturut-turut (22 hingga 23 Okt), semua pelatih bertungkus-lumus membuat latihan pementasan hasil puisi tradisional dan moden yang dibimbing oleh empat orang jurulatih iaitu Cikgu Leen, Cikgu Surya, Cikgu Bard dan Cikgu Yulie. Setiap seorang daripada mereka membimbing satu kompeni untuk menjayakan pementasan pada Malam Citra Puisi tersebut. Aktiviti selama dua hari ini dipantau oleh Encik Nordin wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apa yang menariknya, semua pelatih memberikan komitmen yang tinggi walaupun menghadapi kekangan masa latihan dalam tempoh dua hari tersebut. Walaupun kebanyakan daripada mereka tidak sabar untuk balik bercuti sempena Hari Raya Aidiladha namun Malam Citra Puisi tetap melakarkan memori indah untuk dikenang oleh setiap warga kem.

Selain daripada pementasan dalam bentuk sketsa, lakonan dan nyanyian berdasarkan puisi yang dipilih, pertandingan mendeklamasikan sajak secara solo turut diadakan diantara kompeni.

Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Mohd Amin Bin Ahmad selaku pemangku Komandan telah hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Ikuti paparan gambar menarik dibawah;

Ketibaan TKP diiringi oleh Penyelaras program, En. Nordin


Persembahan dari Kompeni Alpha bimbingan Cikgu Bard



Persembahan dari Kompeni Bravo bimbingan Cikgu Yulie



Persembahan Kompeni Charlie bimbingan Cikgu Leen



Persembahan dari Kompeni Delta bimbingan Cikgu Surya

TKP dan En Nordin yang terhibur dengan persembahan pelatih

Barisan Jurulatih yang turut hadir bagi memeriahkan Malam Citra Puisi

Bagi pertandingan mendeklamasikan sajak secara solo, pemenang tempat pertama disandang oleh wirawati Welnah John dari Kompeni Charlie diikuti oleh Mohd Ashaari dari Kompeni Bravo. 

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Syabas semua!

Isnin, 29 Oktober 2012

PROMOSI PLKN KE SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH






Satu sesi promosi berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diadakan di Sekolah Menengah Padang Berempah, Sipitang, Sabah pada 17 Okt 2012 (Rabu) yang lalu. Promosi tersebut yang bermula seawal jam 8 pagi telah diadakan di Dewan Sekolah tersebut telah diaturkan dan dikordinasikan oleh Promotion Mobile Team Kem PLKN Mesapol’ yang diketuai sendiri oleh Komandan Kem ini iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Mobile Team ini yang terdiri daripada 10 orang staf dan jurulatih yang turut dianggotai oleh Timbalan Komandan (Latihan) iaitu Cik Ira Ida Joanes telah mengadakan road show yang pertama dengan mengadakan taklimat dan siri aktiviti menarik bagi mendedahkan dengan lebih terperinci tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada pelajar-pelajar sekolah khususnya pelajar Tingkatan 4 dan 5.






Seramai 115 orang pelajar lelaki dan perempuan sekolah ini telah terlibat dalam program promosi ini yang turut didedahkan dengan peragaan pakaian-pakaian pelatih PLKN yang dipakai ketika menjalani latihan di kem. Selain itu, bagi mendapatkan gambaran sebenar PLKN kepada para pelajar sekolah, mereka juga turut didedahkan dengan tayangan video ‘Jatuh Cinta PLKN’.   


Sebanyak 2 persembahan nyanyian lagu berkumpulan dan gerak tari bertajuk ‘Transformasi Berjaya’ dan ‘1 Malaysia’ telah diselangselikan antara satu sama lain sepanjang sesi taklimat ini. Persembahan oleh pelatih-pelatih PLKN Kem PLKN Mesapol ini telah menambahceriakan lagi taklimat promosi ini.

Taklimat promosi yang dikendalikan sendiri oleh Komandan Kem ini telah berjaya mencuit hati dan menarik minat setiap pelajar dan barisan guru yang hadir. Beberapa pengisian menarik sepanjang taklimat berlangsung seperti permainan minda, terbang di awan biru dan tip-tip motivasi untuk berjaya telah diselang-selikan menjadikan sesi taklimat promosi berlangsung dengan penuh keceriaan dan gembira serta penuh bermanfaat.




































 Program promosi telah diakhiri dengan sesi soal jawab berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diantara pelajar-pelajar sekolah dengan Komandan Kem. Jelas terpancar di air muka setiap pelajar keceriaan dan minat yang mendalam keatas program promosi ini. Sememangnya promosi seumpama ini perlu dipergiatkan lagi demi untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada para remaja dan orang-orang diluar sana tentang peri  pentingnya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada belia remaja khususnya, demi menjadikan mereka warganegara yang sayangkan tanah air tercinta dan mempunyai jati diri yang tinggi serta semangat kesukarelaan yang menebal dikalangan mereka.

Para pelajar juga diberikan saguhati sebuah Buku Nota PLKN dan sebatang pen PLKN setiap pelajar sebagai kenangan kepada mereka disamping memberi ingatan kepada mereka tentang sesi promosi yang diadakan ini. Poster-poster PLKN juga diedarkan untuk ditampalkan ditempat-tempat tertentu bagi memberikan gambaran mendalam yang berterusan tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diusahakan oleh pihak kerajaan.

Promosi ini berakhir sekitar jam 11 pagi. Diakhir sesi, upacara penyampaian cenderahati kedua-dua pihak diantara Kem PLKN Mesapol dan Sekolah Menengah Padang Berempah telah dilakukan. Kem PLKN Mesapol diwakili oleh Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman manakala pihak Sekolah Menengah Padang Berempah diwakili oleh Puan Kercinci Selutan selaku Ketua Bidang Kemanusiaan yang mewakili Pengetua Sekolah Menengah Padang Berempah.





Promosi seumpama ini akan diteruskan pada masa depan dengan keutamaan tumpuan diberikan kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Daerah Sipitang, Sabah.



Lagi gambar-gambar menarik sekitar program promosi di Fan Page PLKN Mesapol atau klik di SINI